Pages

Saturday, February 4, 2012

Langkawi 1

Merancang nak ke Langkawi sejak raya puasa haritu dgn Ina. Alhamdulillah, dibukakan Allah ruang ke arah itu. Bertolak dari rumah sekitar jam 10.30pm, berhenti kat Rawang sekejap untuk Ina & family dinner. Sambil2 borak & ngeteh, dekat puku 12 mlm baru gerak. Berhenti lagi kat Simpang Pulai, kemudian pandu terus sebelum berhenti di Juru atas permintaan jurupandu kereta, mengantuk mungkin.

Kemudian pandu terus melepasi Nibong Tebal dan berhenti solat subuh di R&R Gurun. Sampai di Kuala Perlis sekitar jam 7 pagi. Saya dan Ina mula mencari ruang dalam barisan untuk menempah tiket feri. Aduhai, berasak-asak dan bertempur jugalah, memandangkan begitu ramai pengunjung sempena cuti Maulidurrasul ni. Dengan bantuan Allah, segala urusan berakhir dgn agak mudah dan cepat juga walaupun ramai yg potong Q.

Makan pagi+tghari di gerai sederet bertentangan terminal feri. Oh, ada sebuah hotel juga sekarang di jeti Kuala Perlis untuk kemudahan pengunjung. Makan laksa perlis, dlm suasana hiruk-pikuk dan tidak sepertinya. Macam2 cara orang mencari rezeki, yang berniaga, tak usah nak cerita. Sedang makan, ada seorang pakcik edarkan kertas fotostat yang menerangkan ttg kesusahan yg dihadapinya. Sambil mengepit tongkat di kiri kanan ketiak, dia juga tak segan menayang-nayangkan kaki sebelah kirinya yg dikatakan agak sakit. Ramai yg menghulurkan simpati padanya. Selesai makan kami terus ke balai berlepas (feri).

Feri kami, coral 1 hanya akan tiba pukul 12 tghari. Sedang menunggu, pakcik yg sakit kaki tu mendatangi kami lagi :)

0 comments: