Shopping ni, memenatkan sebenarnya. Walaupun saya sedar akan keadaan itu, tapi selalunya saya tetap enjoy. Penat memikirkan apa yang hendak dibeli, nak bajet lagi, nak beratur di kaunter lagi. Itu perkara-perkara yang harus difikirkan sebelum membeli-belah. Dah membeli-belah, balik rumah, satu kerja pulak nak simpan-susun semua barang-barang yang dibeli ke tempatnya.
Penat-penat pun, kena buat juga. Itulah rutinitas namanya. Bersihkan ikan/ayam/daging, kemudian simpan dalam tupperware, lepastu sumbat masuk fridge. Cuci sayur-sayur yang dibeli, kemudian siang siap-siap dan masukkan ke dalam plastik dan sumbat dalam fridge. Bawang, cili dan rempah-ratus lain juga kena simpan di tempatnya. Untungnya harini, EH kata tak payah masak. Pagi dah sarapan roti dengan telur scrambled. Tengahari, sebelum keluar ke Giant tadi EH dah beli nasi kukus ayam berempah untuk anak-anak dia yang bertiga tu. Malam nanti EH kata, beli dinner kat pasar malam aje. YEAYY!
Saya nak tulis e-novel semula. Ya, saya nak tulis e-novel di sini seperti dulu. Saya mahu buat apa yang saya suka. Tahun 1432H ini, saya berazam untuk tidak mahu merimaskan kotak fikiran saya dengan memikirkan APA YANG ORANG LAIN NAK KATA. Mulai sekarang, saya harus belajar memikirkan dan melaksanakan APA YANG SAYA SUKA dan APA YANG SAYA MAHUKAN. Good luck untuk saya, dan semoga Allah memelihara niat baik saya demi merawat anxiety disorder saya, ameen! ameen! ameeen!!!
Nota untuk saya: neurosi masih di sisi. kejap2 dada sesak kerana memikirkan banyak perkara.
1 comments:
yeay!semoga kak er aunty bersemangat untuk menulis!
sy baru je berpeluang baca persis sebutir pasir.baru di peringkat awal tapi rasa sayang betul nak habiskan.molek betul bahasa yg digunakan.
:D
Post a Comment