Pages

Friday, November 12, 2010

Komen, komen...

Nak share komen2 yang saya terima sepanjang SSYSST menemui pembacanya. Kedua-dua komen ini saya terima dari dua orang kenalan di Facebook yang dikirim melalui inbox saya.

Komen 1

Hi,apa khbr?

Nava bru je abis bce 'SS,Y?SS,T?', best nye dpt tau tentng Kasih & Jo..
Ingtkn story tentng siapa,rupa2nye tntng Widya's bro..

Yup, kita akan kongsi banyak perkara jika anda adalah pembaca PSP sebelum ini :)

Bila Qisya&Wafi btunang,agak sedih la sbb Nava suka sngt dng Jeff *yg sngt baik&gentleman*

me too Nava :(

then hapy bila Qisya&Wafi puts tunang..*hehe* (jahtnye Wafi sbb tudh Qisya bukn2)
Ending yg sngt hapy..

Saya buatkan ianya 'happy ending', sebab ramai sangat komen pasal PSP yang sad ending. Saya cuba improvise mengikut kehendak pembaca. (kerana itu maklumbalas pembaca AMATLAH penting bagi saya)

Plg kelakar ada part Qisya gi langgr tiang kt dpn umah sbb Jeff dtg umah.. *haha*

Hehe... I love that part as much as you do, Nava :)

Sis xnk buat story psl Dr. Syed Irwan ke? *dia seorg yg sngt baik*

Huhu...lagi tentang dia?? terima kasih untuk cadangan itu Nava, nanti saya cuba fikirkan ;)

w/pun xsetebl as PSP stil Nava suka..tahniah Sis
Gud Luck 4ur nxt projct :)

Thanks so much Nava! sekarang baru saya tahu, di samping komen2 kurang membina yang saya terima tentang PSP, ianya tetap ada penggemarnya yang tersendiri :)

Komen 2

Salam Lara. Saya dah khatam novel 'suka-suka' tu. Mula2, kalau tengok pada tajuk tu, saya ingat cerita dia mcm ala-ala kelakar dan santai habis. Rupanya bila dah baca, cerita dia mcm novel 'persis' jugak, cuma ringan sikit.

Novel 'suka-suka' i like, haha...
Yup, itu juga sedikit perubahan yang cuba saya terapkan kedalam novel kedua saya ini (supaya novel ini dilihat dan dibaca lebih ringan dan santai). Harapan saya supaya novel saya ini tidak lagi 'digeruni' oleh pembaca yang gemar menilai buku dari luaran, sebagaimana PSP dahulu.

Saya suka dgn lenggok bahasa yg Lara guna, rasa lemah lembut dan tenang gitu.

Ya, hanya bahagian ini yang saya tak boleh nak ubah. Teringin juga nak tulis gaya penulis2 zaman sekarang yang ala-ala hard-core gitu, tapi belum cukup ilmu di dada lagi. Atau mungkin juga saya memang tak mampu mengubah cara penulisan saya :(

kalau part kelakar pun, tak perlu gelak kuat2, cuma senyum je tapi sampai ke dasar hati, chewah! Suka dgn watak abg azam - cool, gentle n caring. Nasib baik putus dgn wafi. kalau tak, dgn saya2 sekali melopong sbb frust!

Hehe...kena banyak baca majalah humour lagi gamaknya :)
Ya, menulis watak Azam Jufry, saya harus sentiasa bayangkan dia begitu (cool, gentle), sebab dia adalah seorang abang yang sangat penyayang dalam PSP :) ~ Wafi Illya, ya...saya pun tak suka watak dia. Menulis watak Wafi Ilya juga membuatkan saya amat stres :(

Nama Qisha Amni tu sweetlah. kalaulah saya baca awal2 dulu, bolehlah ambik buat nama anak. Sebenarnya skrg saya dlm pantang. Nama baby saya pun ada 'sya' jugak - 'Hasya'. Dekat2 dah tu...

Ya, saya pun suka amat dengan nama Qisya Amni tu, glad that you like it as well :)

Ok, puas hati tapi sejujurnya, novel 'persis' lebih terkesan di hati saya. mungkin sebab lebih tebal kot.... Lara, saya menunggu karya seterusnya. Jgn lama-lama..

Oh, ini antara bahagian yang saya suka dalam komen beliau ~ satu lagi bukti yang menunjukkan PSP bukanlah sebuah novel yang berat dan tidak mampu untuk dihadam, sebagaimana komen2 yang saya terima sebelum ini. Suka sangat!

0 comments: