Pages

Sunday, August 2, 2009

You've Got Mail

Layan filem ni semalam. Filem ni dah lama, tahun 1998 lagi. Tapi aku bukanlah salah seorang pengikut filem terkini. Aku tonton, bila aku rasa aku nak tonton. Tak kira filem tu outdated ke, apa. Aku suka cerita romantis-komedi, macam yang ini. You've got mail sekali lagi menggandingkan pasangan romantis kegemaranku, Tom Hanks - Meg Ryan. Kali pertama menonton Tom Hanks - Meg Ryan ialah untuk filem Sleepless in Seattle, tahun 1993.

Antara dialog yang aku suka dalam filem ni:
Joe Fox: What happened with that guy at the cafe?
Kathleen Kelly : Nothing.
Joe Fox: But you're crazy about him..
Kathleen Kelly: yes I am..
Joe Fox: well, why don't you run off with him? what are you waiting for?
Kathleen Kelly: I dont actually know him..
[cringes]
Joe Fox: Really?
Kathleen Kelly: I only know him through the, uh... you're not going to belive this...
Joe Fox: Oh, let me guess. Through the internet?
Kathleen Kelly: Yes.
Joe Fox: Hmm. You've.... got mail.
Kathleen Kelly: Yes!
Joe Fox: Some very powerful words.
Kathleen Kelly: Yes...

-------------------------

Itu dialog ketika Joe Fox melawat Kathleen Kelly yang sedang sakit tika itu, di apartmentnya. Realitinya, mereka berdua sudah punya pasangan masing-masing (Joe - Patricia, Kathleen - Frank). Dan mereka juga adalah seteru! bermusuh kerana bisnes kedai buku yang diterajui mereka. Namun hakikatnya, mereka juga merupakan 'pasangan-di-ambang-kasih' di dunia siber. Joe Fox adalah 'NY-152', Kathleen Kelly adalah 'Shopgirl' yang sering berchatting di internet.

Sewaktu melawat Kathleen, Joe baru tahu yang Kathleen sudah berpisah dengan housematenya, Frank. Masa tu, Joe dah tahu yang Kathleen dan 'Shopgirl' itu adalah orang yang sama, dan hati lelakinya sedikit lembut dan mencair (meskipun waktu itu mereka seharusnya masih bermusuh kerana kedai buku mereka.) So, this guy macam nak ushar hati this girl yang waktu itu bagaikan sudah melebihi 50% mengisi hatinya. Tapi bagi aku, macam tak fair je, sebab Joe mengambil masa yang lama untuk berterus-terang, semata-mata untuk menguji perasaan Kathleen terhadap NY-152(yang juga adalah dirinya - Joe Fox) terlebih dahulu.

Dan kesudahannya, so...sweet!

0 comments: