Pages

Wednesday, August 12, 2009

Encik Vertigo sudah pergi!

Alhamdulillah. Aku kembali menarik nafas lega setelah En. Vertigo melepaskan belenggu siksaannya selama lebih seminggu ke atas diriku. Hanya Allah saja yang tahu betapa siksanya berada dalam belenggu En. Vertigo yang kejam itu.

Vertigo ialah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu hilang keseimbangan dan merasakan dunia di sekelilingnya berpusing (betul2 ligat, i tell you...). Kali pertama aku menerima kunjungan En. Vertigo ialah kira-kira 8 tahun lalu. Kemudian diikuti setahun kemudian, kali ketiga juga di tahun yang sama. Dan setelah 5 tahun berlalu, kini ia muncul untuk kali ke-4. First time kena, tiada doktor yang mampu memberikan aku penjelasan yang tepat mengenai penyakit aku ni. Jumpa 3 doktor pun, semua macam blur2 jek bila aku beritahu masalah aku. Kali kedua kena, bos aku paksa aku jumpa neuro specialist, dan siap pesan suruh aku buat CT Scan lagi. Huh! aku betul2 cuak masa tu. Yelah, kalau doc bagitau yang penyakit aku ni dikategorikan sbg kronik, aku rasa macam belum bersedia pulak. Tapi bila prestasi kerja terganggu, aku tahu aku tiada pilihan lain, selain ikut cakap bos. So I met Dr. Aru, doktor pakar neuro yang kliniknya terletak di Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang. Doktor tu pun dah meninggal dunia beberapa tahun sudah. Melalui Dr. Aru, barulah aku tahu nama penyakit aku ni dan penyebabnya.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang diserang vertigo. Namun setelah menjalani pemeriksaan (termasuk ct scan, sebab aku mahukan laporannya seperti yang disarankan oleh bos) akhirnya Dr. Aru mendapati aku mengalami masalah pada telinga dalam. Menurut Dr. Aru, sebarang halangan, trauma atau jangkitan pada telinga dalam boleh menjejaskan keseimbangan. Telinga dalam yang membolehkan badan mengesan posisi dan mengekalkan keseimbangan. Lebih2 lagi kalau si pengidap ada sinus/resdung macam aku ni, pantang kena selsema, mesti ada blockage kat hidung dan telinga. Dr. Aru nasihatkan supaya aku jumpa pakar ENT pulak, tapi sampai sekarang aku diamkan je.

Pernah juga aku tak mengalami sebarang sakit seperti selsema atau demam, atau yang sewaktu dengannya, tiba-tiba saja, sebaik saja bangun dari tidur aku terus diserang vertigo! Semua yang aku pandang nampak berpusing ligat, sampai satu ketika membuatkan aku termuntah. Yang aku ingat, malam sebelum kejadian, aku sedang runsing yang amat sangat. Aku sangat runsing memikirkan keadaan mak yang waktu itu sedang sakit. Keadaan mak waktu itu, seperti yang diberitahu doktor...agak kurang memuaskan dan sangat tidak meyakinkan. Maksudnya, aku dan ahli keluarga yang lain harus bersedia dengan sebarang keadaan yang menimpa mak. Ya, malam tu aku sangat runsing. Sangat-sangat-sangat RUNSING. Dan esoknya, aku bangun tidur dengan pemandangan di sekelilingku yang berpusing ligat. Untuk meredakan keadaan (sedikit) aku kena pejamkan mata dan beralih posisi. Aku ingat lagi, masa tu aku tak boleh pandang sebelah kiri. So aku kena pandang kanan je. Satu hapah kerja pun aku tak boleh buat. Nak duduk, nak baring, semua kena berteman. Dapat anda bayangkan?

So, lepas tu, aku pun buat kajian ke atas diriku sendiri. Sekiranya fikiran aku sangat terganggu, tidak mendapatkan kualiti tidur, terlalu bimbang tentang sesuatu (anxiety), keadaan itu juga mampu mengundang kedatang En. Vertigo. Allahuakbar! Tuhan menarik sedikit demi sedikit nikmat hidup kita, tanpa kita sedari. Moralnya, aku seharusnya banyak bersyukur.

Sepanjang hari (semasa dibelenggu En. Vertigo), en hubby hanya mampu menyuruh aku bersabar dan redha dengan dugaan dari-NYA ini. "Tiap penyakit itu ada ubatnya. Lambat atau cepat, itu bergantung pada kehendak Tuhan. Mungkin ada 'kekotoran' di mana-mana yang belum habis dibersihkan..." kata en hubby lagi. Aku cuma mampu tersengih-paksa dengan pujukan en hubby, yang jelas tidak mampu untuk aku sangkal akan kebenaran kata-katanya. Semalam, akhirnya En. Vertigo melepaskan belenggunya. Alhamdulillah!

2 comments:

Iza'Izz said...

Alhamdulillah....syukurrrr..lega aku dengar...moga encik itu tidak datang lagi...

ezam said...

Boleh saya tahu apa kawdah rawatan yg puan ambil hingga sembuh dari penyakit ini.