Pages

Tuesday, June 23, 2009

Man kidal dan Minah kidal

Saya ada ramai kawan yang kidal di zaman sekolah dulu. Salah seorang darinya, tentunya Irwan Zahir. Saya sangat suka membaca tulisan tangannya - kemas dan cantik! Irwan Zahir juga sangat pandai melukis. Entah kenapa, rata-rata orang yang kidal ni saya perhatikan memang sungguh berseni orangnya. Apa ya, kerjaya Irwan Zahir sekarang? kadang-kadang saya tertanya-tanya juga. Tapi Irwan juga sangat pintar di sekolah, mungkin dia sedang bergembira dengan pekerjaannya yang baik-baik sekarang. ( Jangan salah faham, saya dan Irwan Zahir cuma rakan sekelas semasa form 2 & 3 di SMSG dulu. Saya tulis tentang dia di entri kali ini sebab saya 'pinjam' nama dia semasa menulis novel 'Persis Sebutir Pasir' dulu.  Saya sendiri tidak begitu mengenali dia secara peribadi pun..)

Selain dia, kawan saya Siti Nurbaya Ibrahim juga seorang kidal. Kawan baik, sehati sejiwa saya tu! Sejak darjah 4 sehingga tingkatan 3 kami sama-sama ke sekolah. Tinggal pun berdekatan. Tulisan tangan Siti juga sangat cantik dan tersendiri. Di samping melukis, dia juga pandai bersolek dan berkraftangan. Kami terpisah bila Siti mengambil jurusan salun dan kecantikan di sekolah vokasional Setapak. Sekarang Siti sangat sibuk menguruskan butik kecantikannya.

Siti Maslinawati Sanusi, juga salah seorang kawan saya yang kidal. Sangat kreatif dan sangat meminati seni. Dia juga selalu jadi partner in crime (PIC) saya dulu heheh! saya takkan lupa sampai sekarang macam mana kami boleh terfikir untuk menyertai 'kembang setaman' kat URTV dulu hahaha! atas nasihat dan pandangan PIC saya tu, saya guna alamat rumah dia. Yang kelakar tu, lepas beberapa hari gambar kami tersiar kat majalah tu, mak dia terkejut (sib baik tak kena heart attack!) sebab terima surat berkarung-karung dari posmen hahaha! Tapi mak dia sangat sporting ok! kalau mak saya, huhu! mintak ampunlah. Dan kalau nak tau, rupa Siti Maslinawati ni memang copycat wajah Rose Harissa - penulis novel terkenal tu. Waktu mula-mula berjumpa Rose Harissa dulu (kat pesta buku) masa tu saya nak suruh dia sign buku CMDH, saya jadi tergamam dan terkujat dibuatnya. Biar betikkk! Siti Maslinawati ke nih? Rupa-rupanya bukan. Nama sebenar Rose Harissa tu bukan Siti Maslinawati, tapi Nora Ismail huhu!

1 comments:

Bie'z said...

man kidal minah kidal sekali kena bedal hahahah
kidal pun kidallah labu...