Pages

Thursday, January 31, 2008

Awan yang terpilu

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar
Melintas laut
Mencari pohon
Untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih
Paling setia

*Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan Awan yang terpilu

Puisi ini
Tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rinduKu kepadamu

**Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa
Dengan sempurna
Biarkan kau mengerti
Biarkan kau sedari
Keadaanku yang memujamu

NOTA: Ini antara lirik tulisan Loloq (Allahyarham Rosli Khamis) yang suka saya dendangkan di kala rindu menerpa, teringatkan bekas teman-teman sepejabat dulu...

2 comments:

dS said...

Salam lara, sejak akhir2 ini bbrp org ternama tlh m'dunia.. baik dlm n luar negara.. pemergian mrk merupakan satu kehilangan yg amat besar! Lirik lagu ini agak ringkas tapi padat, cukup terkesan di hati..

ManjLara said...

Salam Dewi,
Adat hidup di dunia, yg hidup pasti kan mati, semoga roh mrk dicucuri rahmat.