Pages

Showing posts with label Cerita ku. Show all posts
Showing posts with label Cerita ku. Show all posts

Tuesday, March 11, 2008

......

Mode swing lah. Selalu turun-naik. Bila menurun, mulalah saya jadi malas nak bercakap. Apatah lagi untuk bercerita. Suami pun kadang-kadang hairan dengan sikap saya ini...tsk!tsk!tsk! Tapi sekarang mungkin dia dah biasa agaknya. Dia dah jarang bertanya kalau saya tak nak bercakap.

Kata Dato' Fadhilah Kamsah, mode orang perempuan ni bergantung pada hormon. Hormon orang perempuan dikenali dengan estrogen, sementara hormon orang lelaki pula dipanggil testosterone. Memang jauh berbeza. Hormon estrogen membolehkan otak kiri dan kanan wanita berfikir secara serentak. Jadi, memang kadang-kala seseorang wanita itu mampu berbicara tentang apa saja yang berada di bumi dan di langit ini pada waktu yang sama. Hmm...

Sedikit up-date tentang perkembangan politik di tempat saya. BN sekarang jadi parti pembangkang di Selangor yihaa!. Bagaimanapun, saya percaya laluan mereka sebagai pembangkang tentu tidaklah sesukar BA. Media-media utama di Malaysia masih lagi condong memberi liputan meluas kepada mereka. Tidak seperti BA, yang terpaksa menggunakan saluran alternatif (internet) yang begitu terhad penyebarannya untuk bersuara.

Setakat ini dulu. Saya nak sambung membaca. Ada dua-tiga buah buku yang baru saya beli sempena lawatan tidak rasmi saya ke Border dan MPH di The Curve baru-baru ni.

Wassalam.

Monday, March 3, 2008

Kisah 60 min yang panjang (bah II)


Untung juga ada blog peribadi ni, kalau nak tulis dalam diari tak celuih la nak tulis segala macam benda dalam tu. Kat sini kita boleh tulis semahunya, boleh upload foto sekali untuk dibuat kenang-kenangan di hari tua :P

Itulah wajah saya dengan DJ Nurul yang manis dan baik hati tu. Saya kata dia baik hati kerana dia pandai mengambil mood saya, daripada ketaq jadi santai dan relaks aje...ngee! Banyak persoalan yang telah dibangkitkan, antara lain, soalan2 yang dikemukakan berbunyi:

DJ Nurul - Siapakah yang memberi dorongan untuk menulis?
Saya - Keluarga dan teman-teman. Yg paling kuat tentunya dorongan dari suami terchenta! (kasi up sikit kat kandaku yg sudi menghantar dan menungguku penuh setia di UPM petang itu :P)

DJ Nurul - Mengapa memilih Jemari Seni?
Saya - Kerana saya yakin dengan kemampuan JS, selain sukakan ciri-ciri JS yang mementingkan kelainan dalam karya yg diterbitkannya. Saya juga suka dengan pendirian JS yg tidak mengutamakan perkataan cinta, kasih, sayang dan rindu di dalam memilih tajuk sebelum menerbitkan sesebuah novel.

DJ Nurul - Apakah kesukaran yang dihadapi semasa menghasilkan PSP?
Saya - Selain masa yang perlu banyak dikorbankan (kerana kadang2 idea datang tak mengira waktu), kesukaran lain ialah utk mendapatkan terjemahan hadith & ayat2 suci al-quran yg tepat bagi memastikan perjalanan/plot cerita yang dihasilkan akan dapat dihayati dengan lebih mendalam.

DJ Nurul - Ucapan terakhir untuk para pendengar?
Saya - Carilah buku saya di pasaran, hayatilah mesej yang cuba saya sampaikan di dalamnya. InsyaAllah, anda takkan rugi memilih novel2 yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing! (ala-ala undilah parti saya gitu, ahaks!)

Cukuplah setakat ini dulu coretan saya. Takut ada pulak yang mual membacanya huhu! Apa pun, saya kira inilah antara pengalaman paling berharga saya, biar pun tidaklah sebesar mana :)

Wassalam.

Friday, February 29, 2008

Kisah 60 min yang panjang (bah. I)


Sudah kurenung
dalam kitab..
Makin kurenung
berdetup-detap..

---------------------------------

Kisah jantung saya yang berdetup-detap ni sebenarnya bermula sejak 27/01/08 lagi, apabila pihak Jemari Seni mengirimkan e-mail membentangkan jadual buat para penulisnya tentang hari keudara mereka di PutraFM nanti. Bagaimanapun degup jantung saya seakan reda sedikit bila jadual saya yang sepatutnya pada 21/02/08 telah diganti dengan Khairyn. Jadi saya diberitahu (oleh JS) hanya akan keudara di PutraFM pada 28/02/08 ngeee!

Bagaimanapun, tarikh 28/02/08 tu tiba jua. Hampir sebulan lamanya masa yang diberikan, saya tidak langsung mengambil peluang itu untuk menyediakan soalan (sbg mana yg disarankan ole JS). Hanya sehari sebelum itu, barulah saya terhegeh-hegeh nak mencari idea pasal soalan tu. Isy, saya ni bukannya penulis terkenal. Novel pun baru sebuah saja yang terhasil. Apa yang hendak saya soal pada diri saya sendiri ni? terlebih-lebih nanti, dikatakan p.e.r.a.s.a.a.n pulak!

Finally, dapat jugak saya sediakan 10 soalan semuanya. Puas saya menghafalnya (soalan & jawapannya sekali kekeke..), tapi entah kenapa rasa berdebar-debar tu tak jugak reda. En. Hubby kata, buat apalah nak berdebar-debar, bukannya satu Malaysia boleh dengar siaran tu, cuma radio streaming aje, kalau nak dengar kena melalui internet saja. Ah, senanglah dia cakap, macamlah dia tak kenal 'Puan Manjlara' dia yg serba clumsy ni....

28/02/08 pun tiba, saya bersiap ala kadar. Dah siap semuanya, saya bersedia naik kereta (En.Hubby dah menunggu dlm kereta). "Alamak! bang, kejap ya? tudung kepala saya ni terbalik..." tsk! tsk! tsk! punyalah ghoflah sampai pakai tudung pun terbalik! Bergegas pulak saya masuk bilik semula untuk membetulkannya. Isy, mana boleh... batu2 permata yg bertaburan tu duduk belah dalam jer!

Dah siap, saya sekali lagi naik kereta. Memang bajet masa dah lari. Tapi saya buat2 cool jugak. "Sorry Yang, bukak tingkaplah! aircond mmg bocorla..." kata En.Hubby. Dah sebulan saya dengar pasal aircond kereta dia yg bocor tu. Tapi dia masih tak bertindak rupanya. Mungkin menunggu aircond tu pulih sendiri, sekaligus menyatakan bahawa telahan mekaniknya itu salah. Adusss! Kanda... kanda... sampai hati kanda buat dinda camni huhu! thank you dear! for really making my day...kata saya dalam hati.

Akhirnya saya tiba dgn selamatnya di PutraFM dengan peluh dingin dan peluh hangat yang merambu di muka. Nafas jadi pendek-pendek sebab naik tangga. Temubual dimulakan beberapa minit selepas itu, dengan suara saya yang seakan tercekik bijik cempedak (gugup + semput!).

p/s - foto dan soalan2nya nanti saya masukkan kemudian, tunggu ye?...

Monday, February 25, 2008

Ulor weh!

*gambar sekadar hiasan..

Alkisahnya, saya sekeluarga balik ke rumah mentua di Seremban weekend sudah. Dah lama rasanya tak tidur rumah kakak ipar (dekat2 rumah mak mentua aja). So, plan menjadi. Me & hubby tidur bilik hujung, tingkapnya betul-betul mengadap hutan (idokler tebal sgt hutannya pun..). Tidur mmgler nyenyak, pasal tingkap 3 panel tu, 1 panelnya mmg takleh tutup. Udara segar, angin malam yg menerobos masuk tentulah men'syahdu'kan lagi dengkuran kami. Alhamdulillah, esoknya Allah 'menghidupkan' kami semula dari lena.

Masa nak balik ke KL semula, saya berhajat mengemas semula tilam, cadar, bantal-bantal yg digunapakai semalam. Saya tarik tilam bujang yang bertindih, untuk melipat dan menyimpannya semula. Alangkah terkujutnya saya, ada makhluk rupanya yang sedang melingkar di dalamnya. Menyedari tempat perlingkarannya sudah diterokai manusia, dia pun melibas-libaskan ekornya yang panjang itu seakan-akan marah!

Apa lagi, "Mak! ada ular! ada ular!..." lintang pukang saya campakkan tilam tu semula dan berlari melejas-lejas keluar mendapatkan sedikit udara (masa nampak ular tu, saya macam terlupa nak bernafas kejap!) Bilik tu ditutup rapat supaya ular yg mungkin turut terkujut melihat saya itu tidak lari keluar dan merayap ke seluruh rumah pulak. Tak ada siapa yang berani menangani ular berwarna hijau tu. Akhirnya, setelah 20 min, 2 orang petugas bomba pun tiba dengan kayu yg bercangkuk di hujungya.

Tapi saya terkilan, sebab ular tu berjaya melarikan diri ke luar tingkap yang mmg sedia terbuka itu. Puas bilik digeledah, namun bunyi suaranya yang bersereh sebelum itu pun sudah tidak kedengaran lagi. Kata mak, tu mungkin ular terbang-terbang yang biasanya banyak terdapat di dahan-dahan pokok. Adoilaa... buatnye masa dia terkujut tu, terus dia terbang hinggap kat bahu saya? ya ampunnn...

:( harap-harap 'dia' tak datang mengganggu lagi, dan semoga Allah melindungi seisi keluarga dari malapetaka...

Monday, February 18, 2008

Karnival Ideal Kolej 17 UPM


Untuk Izz (yang teringin sangat nengok aku 'terpoyo-poyo' kat lam majlis). Bukan majlis apa pun, majlis hari terbuka ala-ala karnival anjuran kolej 17 UPM di Serdang ahad lepas. Memang sepatutnya diwar-warkan di sini sebelum berlangsungnya ye tak? Maklum saja, kesemua novel keluaran JS (termasuk PSP) turut dijual dengan harga istimewa di sana :D tapi entahlah, macam manalah boleh lupa :(

Turut bersama: Kak Su, Kak Em (orang kuat Jemari Seni), Wan, Notie, Kak nOOr, Nacha, Syda (kengkawan ulat buku semuanya). Kredit juga untuk kamera digital milik Wan :))

Monday, February 11, 2008

Yang tiada tajuk...

Ayatku ayat sekerat;
Ayatku tak cukup sifat;
Ayatku boleh buat orang sesat...


Saya bukan ilmuan yang mampu berkongsi ilmu, apatah lagi menyebarkannya. Saya juga bukan penulis yang mampu menghantar pembacanya ke bulan dan bintang. Saya cuma saya yang suka membaca dan menulis. Saya adalah saya yang suka bercerita dan berkongsi-rasa. Saya sering cuba mengelak untuk menyentuh isu semasa di sini. Kerana isu-isu semasa yang sering saya baca di akhbar kebanyakannya menyentuh naluri, di samping menyedari akan kekurangan diri untuk memperkatakannya.

Namun, saban hari saya tidak pernah lupa mengikuti perkembangan terbaru tentang Adik Sharlinie. Aduhai, tak dapat saya gambarkan akan perasaan kedua orang tuanya. Mungkin sudah kering air mata untuk ditangisi. Bagaimana ya? keadaan ini boleh berlaku berulang-kali? apakah kita di sini sudah tidak selamat beriadah di halaman rumah sendiri? apakah anak-anak kita yang masih kecil dan polos itu perlu diajar tentang kerakusan manusia dan alam sekelilingnya?

Baru ini diberitakan juga tentang cubaan menculik oleh pihak-pihak tertentu yang menemui kegagalan di beberapa kawasan persekolahan. Argh! mereka ini masih ingin bercanda dengan perhitungan Tuhan rupanya. Biarpun kegiatan mereka masih belum mampu ditelusi pihak berkuasa, mereka lupa ada yang lebih berkuasa dan Maha Berkuasa memerhati kegiatan mereka...

Friday, February 8, 2008

Sarapan pagi Jumaat



Roti banjir. My favourite! kat sini harganya dah cecah RM1 sekeping. Namun tahap kelarisannya masih lagi dalam carta top-rank. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia gemar mengudap roti canai setiap pagi, atau paling kurang 1-2 kali seminggu (macam saya). Memang boleh bikin duit kalau reti tebar roti canai kat sini. Tapi kalau harganya boleh maintain seperti sebelumnya mungkin lebih baik, atau paling kurang pun kekal begitu. Atau kita akan mengalami fenomena baru selepas pilihanraya nanti? (setiap jumaat semua rakyat Malaysia akan dijamu sekeping roti canai percuma?...) ekekeke! Kalaulah...

Sunday, February 3, 2008

Khayalku...


Ya, bila saya berkhayal, banyak yang telah saya coretkan di kertas. Mula-mula di kertas. Kemudian saya minta suami belikan saya notebook. Sejak punya notebook, rupanya semua khayalan saya tu telah bertukar menjadi sebuah novel pula [:P] Oh! jadi, kesemua yang ditulis itu khayalan semata-mata? [LOL]

Sebab itulah, saya bagaikan terkulatz-kulatz bila pihak editor bertanyakan itu dan ini sewaktu proses meng'edit' manuskrip saya tu dilakukan. Masa tu, mulalah perasaan malu menyelubungi diri, (terasa jauh sangat saya berkhayal rupanya...) nasib baiklah perbualan kami sekadar di talian saja, kalau secara berdepan, harus saya ni sorok muka dalam baju ketika menjawap soalan-soalan pihak editor ngeee...

Bagaimanapun, watak seorang Syed Irwan Zahir saya bangunkan mengikut gambaran sebenar tentang seorang sahabat. Namanya, perwatakannya yang ada kala pendiam (bagaikan menyimpan seribu rahsia), pemalu, ada kalanya juga boleh menjadi sangat 'caring' dan sesekali 'nakal' itu saya abadikan dalam PSP. Cumanya, sahabat saya tu bukanlah berketurunan Hindi-Kashmir (tengok, tak sudahnya berkhayal...)

Kisah adik Syafiq yang menerima rawatan bagi penyakit telinganya, otitis media akut juga adalah kisah sebenar yang menimpa anak bongsu saya tiga tahun dulu. Waktu itu, saya sendiri hanya mampu melihat Mimy meraung kesakitan sehingga berguling-guling di atas katil setiap kali penyakitnya datang menyerang. Hanya setelah bengkak yang berisi nanah dan darah itu pecah dan meleleh keluar dari telinganya, barulah Mimy berasa lega dan berhenti menangis.

Selebihnya, kisah PSP hanyalah fiksyen semata-mata yang saya jalinkan melalui hasil bacaan dan pengalaman teman-teman. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.jemariseni.com. Diharapkan karya pertama saya ini mampu diterima seadanya. Ambillah mana yang baik (kalau ada), ambil juga semua yang tidak baik di situ dan jadikan ia sempadan (pun kalau ada..)

Wassalam...

Friday, January 25, 2008

Semoga panjang umur!

Kisahnya, siang tadi saya bertemu buat kali pertamanya dengan Iza. Kononnya nak celebrate birthday dia, tapi saya yang beriya-iya dapat hadiah! huhu...macehh Izz!
Prawn macaroni, kat Secret Recipe - Iza belanja. Isk rasa bersalah betul sbb tak halang dia buat pembayaran di cashier. Harijadi dia, patut sayalah yang belanja :(

Iza sendiri, makan Thai fried rice...


Carrot cake, yummy! tak cukup makan di sana, Iza tapau lagi sepotong kek chocolate indulgence untuk Mimy! isy..isy..isy...


Happy birthday Iza! akhirnya bersua juga kita ek? wow! setahun lamanya kita sekadar bertegur-sapa di alam maya, baru harini kita berjumpa :) Semoga rezekimu bertambah! (next yr bleh makan free lagi :P), Semoga persahabatan kita berkekalan! Amiiiin....






Friday, January 18, 2008

tengkiuuuu

Atas nasihat Azie dan Syud, akhirnya saya berjaya hentikan cross-posting entry between multiply dan blog di sini. Isy, awatla tak terpikir pulak cara2 yg seperti disarankan oleh Syud dan Azie tu. Kalau tak, tentu blog yang dulu tu masih 'bernyawa' :D

Blog yang baru ni, takde apa yang nak distorykan sangat. Memang tak tau apa nak tulis pun. Malu pulak nak ajak kengkawan datang bertandang. Sekadar sorang-dua yang baru tahu tentang kewujudan blog ni.

Wednesday, January 16, 2008

Testing jap!

Isy! tak boleh jugakler... still whatever yang kite post kat sini, kuar jugak kat sana (Multiply) huhu...tak bestnyer :(

Sat na, kite cuba tukar email addressnya pulak...see how it goes!

Blogging


Yup!

Setelah lebih seminggu termanggu-manggu di rumah, tak boleh nak surf tenet, tak boleh nak YMing, akhirnya kini semuanya telah kembali seperti sediakala.


Macam biasa, lepas masak dan lepas kasi English excersice kat Nadia & Mimy, saya pun memulakan rutin berblogging saya seperti biasa :P


Oh ya! harini saya buat ikat sumbat goreng jer (sepatutnya ikan tu dibakar, tapi kalau bakar mesti lambat kan? ekekeke...)

Oh my notebook!

Sebaik saja saya memadamkan blog yang dulu tu, keesokannya laptop saya tu kena short-circuit! macam kena 'fire' pulak sebab gi delete blog tu, tambahlah rasa bersalahnya bila Iza tanya kat YM, pesal gi delete blog tu??? tak sayang ke?! :(

Saya tak tau camne nak jawap soalan Iza tu sejujurnya, nak kata tak sayang....isy, sayanglah jugak! nak kata sayang sangat tu, idakler jugak pasal menyusahkan le pulak kadang2 tu.... apa jer yang saya post kat sini, mesti automatically kuar kat blog yang kat sinun tu.... tak bestla camtu...

Blog yang dulu...

Setelah puas memikirkan, camne nak split entri dari blog yang di sini dengan blog yang di multiply tu, akhirnya saya putuskan untuk delete aje blog yang di sini dan create blog baru dengan url yang baru.

Ngee...mungkin saya yang kurang arif cara terbaik untuk itu, atau sememangnya itu sajalah caranya supaya setiap entri yg saya post di sini tidak secara automatik dipostkan ke multiply juga, entahler...

Tapi sekarang, saya dah dapat apa yang saya inginkan untuk kedua-dua blog saya ni.