Pages

Wednesday, July 29, 2009

-_-

Semalam en hubby ada urusan di bank. Jadi, dia tak kerja. Aku dengan Akil pun pelagi! nak ambil kesempatan aje kerjanya kalau en hubby tak kerja hahaha! walaupun aku dan Akil kena tunggu dalam kereta untuk beberapa ketika sehingga en hubby selesai urusannya. Tunggu pun tak mengapa kan Akil? ngeh! Mula menunggu pukul 3.00 ptg. MP3 dalam kereta memainkan lagu Unfaithful - Rihanna. Akil masih ok, sesekali badannya terhinggut-hinggut mengikut rentak lagu. Oh, itu aksi spontan Akil, ibu tak pernah pun ajar Akil buat aksi macam tu :(

Puas mata aku memerhatikan keadaan sekeliling. Manusia sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang datang seorang, ada yang datang berkawan. Seorang wanita bertubuh petite, mencuri perhatianku. Dia juga ada urusan di sana, sambil memimpin tangan anak perempuannya yang comel. Aduh, kedua-duanya comel sungguh!

MP3 akhirnya bernyanyi lagu Zombie - Cranberries. Akil pun sudah mula bosan asyik duduk terperuk dalam kereta. Jam sudah ke angka 3.51 ptg. En hubby akhirnya muncul dengan senyuman lebarnya, tanda urusannya sudah selesai. Kereta pun dihalakan ke KLCC. Sewaktu makan-makan di sana, Akil buat aksi lagi. Sejak 'dapat kaki' ni dia memang tak suka duduk dalam stroller sangat, jadi en hubby biarkan dia bebas dengan kakinya itu depan mata. Tiba-tiba kami terkejut bila Akil jalan meluru ke arah meja di belakang kami. Pasangan pelancong dari Arab ini memang sejak tadi dok mengagah-agah Akil sambil memanggil-manggil dia. Hisy, Akil ni tak takut pulak dengan orang asing...


Monday, July 27, 2009

Kisah di subuh hari

Seorang pemuda bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu' dan berjalan menuju masjid. Di pertengahan jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu' dan berjalan lagi menuju ke masjid. Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Sewaktu dia bertanyakan tentang identiti lelaki tersebut, lelaki itu sekadar menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..."

Dia mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid , dia bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Dia mengajak lagi hingga berkali-kali dan, lagi, jawapannya tetap sama. Lalu dia bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat? Lelaki itu menjawab: Aku adalah IBLIS (setan). Dia terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuatkan kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran untuk bersolat di rumah saja. Kamu tetap memutuskan untuk kembali ke masjid. Disebabkan itu, Allah telah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu pula! jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dengan selamat...."

Itu hanyalah kisah yang tidak diketahui akan asal-usulnya. Namun amat wajar untuk dijadikan teladan buat diri kita. Usahlah biarkan setan mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatannya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kita lakukan kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yanga kan kita dapat dari segala kesulitan yang kita temui dalam usaha kita untuk melaksanakan niat baik tersebut. Wallahualam.

Wednesday, July 15, 2009

Award dari Suzry


Owh, ada permainan baru rupanya (di kalangan blogger) sekarang. Dulu kita sibuk mengeTAG orang sana-sini. Sekarang kita sibuk passing award sana-sini pulak. Neway, ciri2 permainannya masih sama...kot! Eh, entahlah, aku pun baru 1st time buat benda alah ni (menunjukkan betapa blog aku ni sangat2 tidak fofiler huhu!).

Thanks a bunch to Suzry, sebab masih memilih blog usang ini sbg salah seorang penerima awardnya hehehe! [tatau nak ketawa ke nak nangis sebenarnya nih...]

Okeh, 3 rules:

1 - Sila kopipes award ni di blog anda
ok.

2 - Sila kopipes award ni di sidebar blog anda
ok.

3 - Passkan award ni kepada 5 rakan anda
ok.

*Iza
*Azie

(cukuplah 2 org tuh, memandangkan blog aku ni bukan blog fofiler kan... so kengkawan pun agak terbatas gitu ahaks!)

4 - Sila tinggalkan pesanan di blog mereka untuk menerima award ini
ok.