Pages

Tuesday, June 30, 2009

Dibo the gift dragon



Hello, hello!
my name's Dibo
here is something
you should know
when you want
a gift say this..
DI DIBO DI DIBODIBODI!


Itu rancangan feveret Akil kat tv. Kalau boleh dari pagi sampai malam Akil nak tengok DIBOOO jek... huwwaa! sampai ibu pun dah bleh hafal lagu tu...


tengok betapa khusyuknya dia...

Thursday, June 25, 2009

Tea-ing at klcc

Jalan-jalan gi klcc petang semalam. Saja2, nak melepaskan kebosanan sambil bawa Akil bersiar-siar. Biasalah, sesampai aje, tempat utama yang ditujui dulu - food court! dan macam biasa juga, my teh tarik as always...


Akil pun macam biasa jugak, peminat dia tak tentu masa datang menghampiri hehehe! Akil ada peminat setia kat gerai hotdog 1901 (walaupun kami sebenarnya tak pernah pun melanggan kat gerai tu huhu!). Tapi kami biasanya akan cari tempat duduk berdekatan dengan gerai tu, sebab kat situ macam open-air sikit.

Akil sedang mamam bubur ayam McD masa tu, dan kakak baik hati yang kerja kat gerai hotdog tu approach dan bagi Akil sausage stick! hurm...sweet kan?

Wednesday, June 24, 2009

Alhamdulillah.

Syukur alhamdulillah, Nadia Natasha dan Ahmad Zakry (gambar dalam entri sebelumnya) sudah ditemui semula.

Begitu yang saya baca di blog Opah De, Alhamdulillah.

Hilang


Ada orang kata; diamonds are forever. Ada orang kata; friendships are forever. Tapi saya kata; families are forever! Sungguhlah sakit jika kita kehilangan seseorang/sesuatu yang abadi dalam hidup kita. Maka atas dasar tagline 'families are forever' di blog ini, saya ingin memanjangkan isu yang dibawa oleh seorang rakan blog - Opah De. Segala informasi mengenai isu ini adalah ihsan dari blog beliau. Foto di atas adalah wajah dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 22 Jun 2009.

Nadia Natasha, 8 tahun dan Ahmad Zakry, 10 tahun telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22hb Jun, 2009. Kali terakhir dilihat adalah pada jam 7 malam, 22hb Jun. Sebarang info diminta hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha, 8 years old and Ahmad Zakry, 10 were missing since 22nd of June, 2009 from their house at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL. Last seen was at 7 pm, 22nd June. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.

Tuesday, June 23, 2009

Man kidal dan Minah kidal

Saya ada ramai kawan yang kidal di zaman sekolah dulu. Salah seorang darinya, tentunya Irwan Zahir. Saya sangat suka membaca tulisan tangannya - kemas dan cantik! Irwan Zahir juga sangat pandai melukis. Entah kenapa, rata-rata orang yang kidal ni saya perhatikan memang sungguh berseni orangnya. Apa ya, kerjaya Irwan Zahir sekarang? kadang-kadang saya tertanya-tanya juga. Tapi Irwan juga sangat pintar di sekolah, mungkin dia sedang bergembira dengan pekerjaannya yang baik-baik sekarang. ( Jangan salah faham, saya dan Irwan Zahir cuma rakan sekelas semasa form 2 & 3 di SMSG dulu. Saya tulis tentang dia di entri kali ini sebab saya 'pinjam' nama dia semasa menulis novel 'Persis Sebutir Pasir' dulu.  Saya sendiri tidak begitu mengenali dia secara peribadi pun..)

Selain dia, kawan saya Siti Nurbaya Ibrahim juga seorang kidal. Kawan baik, sehati sejiwa saya tu! Sejak darjah 4 sehingga tingkatan 3 kami sama-sama ke sekolah. Tinggal pun berdekatan. Tulisan tangan Siti juga sangat cantik dan tersendiri. Di samping melukis, dia juga pandai bersolek dan berkraftangan. Kami terpisah bila Siti mengambil jurusan salun dan kecantikan di sekolah vokasional Setapak. Sekarang Siti sangat sibuk menguruskan butik kecantikannya.

Siti Maslinawati Sanusi, juga salah seorang kawan saya yang kidal. Sangat kreatif dan sangat meminati seni. Dia juga selalu jadi partner in crime (PIC) saya dulu heheh! saya takkan lupa sampai sekarang macam mana kami boleh terfikir untuk menyertai 'kembang setaman' kat URTV dulu hahaha! atas nasihat dan pandangan PIC saya tu, saya guna alamat rumah dia. Yang kelakar tu, lepas beberapa hari gambar kami tersiar kat majalah tu, mak dia terkejut (sib baik tak kena heart attack!) sebab terima surat berkarung-karung dari posmen hahaha! Tapi mak dia sangat sporting ok! kalau mak saya, huhu! mintak ampunlah. Dan kalau nak tau, rupa Siti Maslinawati ni memang copycat wajah Rose Harissa - penulis novel terkenal tu. Waktu mula-mula berjumpa Rose Harissa dulu (kat pesta buku) masa tu saya nak suruh dia sign buku CMDH, saya jadi tergamam dan terkujat dibuatnya. Biar betikkk! Siti Maslinawati ke nih? Rupa-rupanya bukan. Nama sebenar Rose Harissa tu bukan Siti Maslinawati, tapi Nora Ismail huhu!

Friday, June 19, 2009

Posting




Itu muka budak kena 'posting' pi rumah Njang dia. Alah, posting dekat-dekat je, kat sebelah rumah aje. Hmm.. harini puas betul ibu nak tidurkan Akil, tapi ibu yang nak terlelap dibuatnya. Tengok jam, uii tak boleh jadi nih! ibu belum zohor lagi, tapi semua orang dalam rumah takde la pulak nak tengok-tengokkan Akil sementara ibu bersihkan diri & solat.

Last-last terpaksala jugak bawak Akil gi rumah kakak kat sebelah. Ibu segan jugak nak kacau, sebab tengok kereta Pak Njang ada kat rumah. Mesti Pak Njang tak kerja harini, nak rehat-rehat aje kat rumah. Akil ni sekarang dah sangat lasak, mulut dia pun macam bertih goreng, meletup-letup aja walaupun sepatah haram ibu tak faham hehehe!

Tapi belum sempat ibu habis cakap, Kak Era dah sambar Akil dari tangan ibu, ngeh! nak kata apa? saham Akil memang tengah tinggi sangat sekarang ok! semua orang berebut nak dukung dia hehe!

Wednesday, June 17, 2009

Bukan itu, bukan ini.

i

Rasa macam nak buat 'facelift' lagi kat blog ni. Masa jalan2 kat 'kedai-kedai' template sekitar maya ni, ternampak satu layout yang boleh tahan cun jugak. OMG! nak tukar, tak nak, nak tukar, tak nak...

ii

Erm. 'Saudara anjing' yang saya tulis sebelum ni, tiba-tiba buat saya ada ilham nak menulis cerita. Nak tulis, tak nak, nak tulis, tak nak...

iii

Mimy tunjuk kertas periksa pertengahan tahunnya. Ada improvement. Tapi dia masih tak skor untuk kertas bahasa Inggeris, C aje. Cuma tulisannya dah makin jelas dan kemas :)

Saturday, June 13, 2009

Erti Syukur

Erti syukur - UNIC


Lafazkan kalimah syukur

Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Belajarlah bersyukur!

KITA KOMPLEN BILA...
- kerja tak seronok, bos macam *&%$#@, gaji sikit, colleague tikam belakang,
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita ada kerja!

KITA KOMPLEN BILA...
- harga barang asyik naik aje
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita masih ada duit untuk beli barang

KITA KOMPLEN BILA...
- tiap2 tahun kena bayar cukai
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita rakyat yang berwarganegara

KITA KOMPLEN BILA...
- ada suami yang asyik duk lepak aje. kita sorang yg sibuk2 kat rumah, jaga anak, kerja lagi, itu ini
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- suami kita ada kat rumah, bukan kat tempat lain

KITA KOMPLEN BILA...
- anak kita degil, tak dengar cakap, nakal bukan main
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita ada anak

KITA KOMPLEN BILA...
- berat badan kita naik mencanak2
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita cukup makan, malah terlebih-lebih pulak!

KITA KOMPLEN BILA...
- isteri kita suka membebel bukan2, boring, bosan
TP KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- beliau sanggup kahwin dengan kita (aaa, yg ni ku sukaa!)

KITA KOMPLEN BILA...
- jiran kita selalu buat bising hiruk-pikuk satu kampung
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- pendengaran kita masih OK

KITA KOMPLEN BILA...
- apa kita nak, asyik tak dapat
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- apa yg kita tak nak pun kita tak dapat

KITA KOMPLEN BILA...
- asyik sakit2
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita masih hidup

KITA KOMPLEN BILA...
- hidup asyik bermasalah
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita masih boleh berfikir

KITA KOMPLEN BILA...
- kat perut ada stretch mark
TAPI KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAB...
- kita boleh menghasilkan zuriat!

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR ALHAMDULILLAH. Kata Dato Fadzilah Kamsah, orang yang selalu bersyukur, Tuhan akan bukakan lagi pintu kemudahan seluasnya untuk kita. Kita sebenarnya terlalu banyak meminta, tapi kita kurang memberi. Kita mahukan itu, mahukan ini, tapi kita jarang berdoa. Kita nak apa yang kita tak ada, tapi tak pernah berterima kasih atas apa yang kita ada :(

Thursday, June 4, 2009

Loyat

Minggu sudah gi Loyat (Low Yat Plaza) dengan en hubby & akil (yelah, 'beg tangan' baru aku tu, mana boleh tinggal kan?). Kiranya, Loyat tu, cam pusat sehenti barangan komputer dan segala macam gajet yang tercanggih la kat KL ni. Tapi jangan terpedaya sangat, kdg2 barang2 kat situ lagi cekik darah dari yg kat kedai2 kecil ni. Ada jugak kes buli between penjual dengan pembeli, kata en hubby. Aku tanya, buli macam mana? en hubby kata, pernah si pembeli dok bargain2 harga, tapi bila tak jadi beli si penjual naik angin dan kasi sedas-dua kat muka si pembeli tu. Adoiii! samseng sungguh la depa...

Kali pertama aku gi situ, masa nak hantar laptop aku yang rosak (kena litar pintas masa ribut petir)aku tak suka sangat dengan persekitarannya yang bising (hingaq, kata arwah mak). En hubby pun pernah ingatkan aku tentang tu, masa mula2 aku beriya sgt nak ikut dia gi situ dulu. First impression, mmg aku tak gemar sangat nak selalu2 berkunjung ke tempat macam tu. Tapi en hubby, itulah tempat yang sangat, sangat, sangat dia suka kunjungi kalau dia free. Jumpa kawan borak2 pun kat situ la jugak, sbb kat situ banyak cafe dan restoran juga.

Tapi, lepas sekali pergi, aku cam syok pulak nak gi Loyat lagi. Memang suka tengok model2 baru hp, laptop dan macam2 lagi kat situ. Dan paling aku suka, kalau gi situ mesti nak pekena kopi ping kat ada satu kopitiam kat bawah tu. Last week, pergi sana sbb nak betulkan N-GAGE Mimy. Ofkozlah, lepas makan2 & minum2 kat kopitiam kegemaran aku tu. Terserempak ngan kawan en hubby, ada ke dia leh kata: "peliknya tengok kau bawak baby kau dalam carrier tuh!". ERK? pelik ke? ntahlah...pada aku biasa jek. Well, kalo dah ada baby kena la rajin2 kan diri tu kan... takkan nak harap wife aje yang kendong baby. Dah la kat rumah puas 24 jam dok kendong baby...

Ntahlah, kadang2 aku pun tak faham dengan stigmata masyarakat bila tengok lelaki/suami tolong jaga/dukung anak. Even my sis pun pernah merungut kat aku: "kecik atilah ngan dia (abg ipar), masa terhoyong-hayang bawak perut (2nd pregnancy) pun dia takmo langsung dukung abang (anak sulung dia umur setahun)". LORR! siannyer kekanda aku yang sorang tuh!

Oya! lom habis cerita pasal Loyat lagi hiks! masa aku melayan akil, bawak dia jalan2 jap while en hubby tengah tunggu sorang 'jururawat' tu betulkan hp Mimiy, aku terpandanglah satu couple ni. Kalau sekali pandang, nampak biasa je. Tapi dua kali pandang, mulalah hati aku nak berkata-kata. Couple, lelaki + lelaki. Jalan hand in hand, sambil bergurau senda, siap bertepuk tampar. Bercakap dekat-dekat, pipi ke pipi gitu. Sesekali diorang bisik2 sambil tergelak-gelak, naik geli-geleman aku nengok. Secara fizikal, both pun nampak macho je, stail lelaki metro gitu. Tapi masih banyak yang tak kena. Macam terlalu sukar aku nak 'menelan' apa yang aku lihat...

Isy, dunia dah akhir zaman.