Tuesday, August 19, 2008

homesick

5 hari lamanya aku kat spital. Perghh! rasa cam 5 thn tu. Sejak kecik aku memang tak suka tinggal jauh-jauh dari keluarga. Aku ingat lagi masa aku dimasukkan ke sekolah berasrama di Rawang, masa tu aku form 1. Puas mak ngan abah aku pujuk aku tiap2 minggu, siap buat air jampi lagi...tapi aku hanya mampu bertahan selama 6 bulan je kat sana.

5 hari kat spital dah cukup membuatkan aku sedih. Tiap2 hari bila En Hubby nak balik (setelah waktu melawat tamat) mulalah aku sob..sob! Perasaan sayu/rindu kat keluarga tu menjadi-jadi bila menjelang malam/tengah malam. Makanya, tiap2 malam aku dok pandang cermin tingkap kat sebelah katil aku, nampaklah rumah2 orang yang terang-benderang di kiri kanan jalan. Mulalah air mata aku merambu lagi, "Huhu! depa dok buat apalah kat rumah tu..." kata aku dalam hati. Malam tu, aku terdengar lagu intro rancangan 'Bersamamu' kat TV3 yang dipasang berhampiran wad, mulalah aku terbayang muka anak2 aku tercongok depan tv tengok rancangan tu.

Hmm...hari ke 5, lepas makan tengahari misi cakap aku dah boleh balik, bukan main happy lagi aku sampai bersorak atas katil. "Nape? layanan pihak hospital tak baik ke kat sini?" misi tu tanya aku. Hehehe! idakler... memang aku akui, layanan dari semua misi/doktor kat spital selayang memang bagus, muda2 lagi misi2 kat situ, semua baik2 belaka. Masalahnya aku ni yang dah 5 hari dijangkiti penyakit homesick!

Monday, August 18, 2008

^_^


Kali ni, aku berpantang tanpa mak. Kalau mak ada, memang tak boleh ngelat...makan, pakai, berbengkung, bertungku, semua tu tak boleh ngelat. Sekarang cuma En Hubby je yang tengok-tengokkan. Dia akan bakar besi tungku, sediakan makan tengahari dan keperluan lain sebelum keluar kerja.

Memang aku amat memerlukan bantuannya dan sangat berterima kasih dengan sikapnya yang amat memahami tu. Memandangkan ini bukan kali pertamaku melahirkan, makanya aku taklah risau sangat nak melalui 44 hari berpantang tu.

Kunjungan kaksu & kakyah ke rumah sabtu lepas buat aku sangat gumbira! setidak-tidaknya petang tu tak seperti petang-petang yang lain. Sejak pagi lagi aku dah ceria sementara menunggu petang tiba. Terima kasih daun keladi semuanya yek!

Thursday, August 14, 2008

makanya...


Salam.

Aku dijangka melahirkan (kononnye..) pada 15 Ogos. Tapi, kuasa Tuhan... 4 Ogos haritu bersamaan dengan 1 Syaaban aku dah selamat melahirkan Akil Ihtisyam di Hospital Selayang, tepat jam 12.54 pagi. Kiranya cepat 11 hari la gitu.

Alhamdulillah, semuanya ok. Cumanya, aku kena stay kat hospital selama 4 hari selepas bersalin memandangkan baby terpaksa menerima suntikan antibiotik selama 3 hari berturut-turut. Gituler kisahnya, kalau air ketuban dah turun melebihi 24 jam sedangkan kita masih belum lagi terasa sakit untuk melahirkan.

Apa pun, semuanya selamat dan seperti apa yang aku doa-doakan. Memang aku selalu berdoa supaya dapat bersalin normal kali ni (serik sungguh bersalin melalui kaedah caesarean sebelum ni..).

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mengucapkan tahniahnya ye! Ada jugak sms yang aku tak sempat nak balas, ampunnn...