Wednesday, May 7, 2008

Cerita di Wfm 88.1

Mulanya, saya agak keberatan (sgt keberatan) bila diberitahu oleh pihak JS tentang temubual yang dijadualkan utk saya dengan Wfm 88.1 pada hari ini. Bukan sengaja nak tunjuk ketegaq (kata org utara), tapi sebenarnya saya sangat kurang bersedia (ampun Kak Yah & Kak Su!) Bagaimana mungkin saya bersedia? jika dj yang bertugas itu bagi saya seorang yang sangat otai di bidang penyiaran ini... dan saya? cuma penulis cuba-cuba aja (aduhai, rasa kerdil sungguh!)

Dulu kan, sekitar tahun 90an dulu, dialah juruhebah yang sangat popular di ibukota Kuala Lumpur ini. Saya mendengar programnya setiap pagi di RMKL (Radio 3 ibu kota). Sering jenaka dan celoteh spontannya mencuit hati para pendengar, termasuk saya. Lalu perjalanan selama hampir sejam di dalam bas mini nombor 11 yang membawa saya ke pejabat setiap hari bagaikan tidak terasa, memandangkan saluran itu sering menjadi pilihan para pemandu bas. Oh, waktu itu saya baru saja tamat kursus kesetiausahaan di Bedford Girls College dan terus memulakan tugas sebagai setiausaha peribadi kepada seorang peguam yang mengendalikan kes matrimonial di Skrine & Co., Jalan Mahkamah, KL. Huhu! kenangan itu...

Kalau tanya apa yang saya paling ingat tentang juruhebah Zainaldin Zainal ini, tentunya tentang lagu-lagu Datuk Sharifah Aini dan Engelbert Humperdinck yang sering diputarnya setiap pagi. Tak pernah terlintas pun di fikiran saya waktu itu akan dipertemukan (ditemubual) oleh Encik Zainaldin Zainal ini suatu hari. Sehinggalah pada hari ini, tepat jam 5-6 petang tadi bertempat di studio Wfm, Jalan Perumahan Gurney, KL.

Topik perbualan, tidaklah pula khusus kepada novel sulung saya bersama JS (sebagaimana yang saya rencanakan di kepala). Sebaliknya, soalannya banyak mengenai dunia bloger dan kupasan tentang entri-entri saya di blog aduss... daku sungguh tidak bersedia dan teramat shy gitu! nak-nak bila dia baca satu persatu ayat yang saya tulis di blog ini, uwwwaaa! sempat pulak dia klik page salah sorang contact saya di blog (cikgu Zue), ya ampunnn! lalu mulalah jawapan yang keluar dari mulut saya pun ala-ala tangkap muat jugaklah ahaks! namun saya akui, kesemua jawapan saya itu adalah jawapan yang jujur...kot! ye ke? eh, ntahlah!

Paling saya tak duga, bila En DJ tu menghubungi dramatis Rozie Othman secara spontan. Hanya isyarat tangan saja yang dinyatakan pada saya supaya bersedia untuk berbual di talian yang disiarkan secara 'live' dengan dramatis terkenal itu. Mahu tak mahu, saya angguk kepala juga :P (masa ni rasa cam dah nak terbersalin je kat dalam studio tu huhu!) sib baik semuanya berjalan lancar... Kak Rozie Othman pun sangat peramah dan mesra orangnya :D

Yang kelakau tu, punyalah nak 'cover line' (ala2 control ayu gitu...) bila ditanya saya suka dengar lagu-lagu yang macam mana? ntah mcm mana saya jawap lagu Rihanna?? (sdgkan tu lagu2 feveret anak2 saya LOL) pastu dia tanya, genre muzik bagaimana yang saya suka? ada ke saya jawap ballad?? hadoila... dah habis program tu, En Hubby sempat tanya, "Sejak bila minat ballad? abang ingat ayang suka rock kapak??.." tsk!tsk!tsk! adess... itulah satu-satunya jawapan yang saya kira agak kurang jujur!

Yang paling seronok, tentulah En Hubby! dia ada tugas 2 in 1 kat situ. Selain tolong snap foto saya dengan En DJ, dia juga seorang tukang ketawa yang sangat jujur lagi berjaya! setiap kali saya toleh belakang, mesti saya nampak pipi dia yang kembang dok gelakkan saya di belakang :\

Moral of the story: jangan cuba nak jadi jadi orang lain bila ditemuramah...

p/s - ribuan terima kasih untuk En Zainaldin yang sudi berbual-bual dengan saya yang bukan sesiapa ni :))

**Gambar boleh browse kat sini.

Maaf ya!

Ini bukan 'cerita esok' saya. 'Cerita esok' tu akan saya post kemudian (utk seronok2 sendiri saja). Ini cerita kenapa saya harus bersendirian untuk beberapa ketika. Kalau nak diikutkan, saya ingin padamkan saja blog ini. Kalau difikirkan, saya ingin terus 'membekukan' saja diri di sini. Hakikatnya, saya masih lagi aktif membaca jurnal para blogers yang sering saya kunjungi dulu. Itu tabiat yang sukar saya kikis semenjak saya mengenali dunia blog. Cuma kini, saya seakan selesa menjadi pembaca senyap sahaja, tanpa meninggalkan jejak.

Kenapa tiba-tiba ingin menjadi 'sombong'? Ah, biarlah jika ada yang berkata begitu, walaupun bukan niat saya berbuat begitu. Tuhan kan ada? Dia tentu lebih mengerti akan pendirian saya. Saya akan terus menulis isi hati saya di sini, tanpa perlu lagi merasa bersalah kepada sesiapa (termasuk diri sendiri). Ada kekesalan yang tak mungkin mampu untuk saya jelaskan puncanya di sini.

Maafkan saya. Dan terima kasih yang setingginya buat mereka yang sudi mendapatkan buku saya tanpa berdasarkan apa-apa perasaan/perhubungan.

Sayang,
Lara.

Tuesday, May 6, 2008

Kenapa dengan saya ni..?

Hmm... semenjak dua menjak nih, rupanya saya dah jadi makin malas! Novel-novel yang saya borong masa pesta buku haritu, semua dah habis study, sampai dah terlajak-lajak... capai novel-novel yang dah lama beli dan dah 2-3 kali baca, dan baca lagi uhuk! uhuk! Adakah dengan membaca menjadikan kita malas?? oh! tidakkk!! sat lagi En Hubby denda (takmo derma utk 'dana membeli-belah novel' lagi) baru tau...

Kalau mak masih ada, mesti mak dah beletiaq panjang tengok anak dia yang sorang nih. Makin tak kerja, makin naik lemak pulak! En Hubby tak suka beletiaq, tak pernah pun beletiaq. Tapi tadi, masa dia melayan kerenah 'bermusim' saya ni (tadi musim nak makan McD...) dia ada sebut pasal 'mencabar diri sendiri'. Aduss... kena dengar ceramah motivasi pulak ka...?

Dulu masa saya syok sendiri tulis e-novel kat blog, dia suruh saya cabar diri saya untuk menghabiskan cerita tu dan terus hantar ke publisher. Ada-ada saja alasan saya untuk menangguh-nangguhkannya (dalam hati dok kata, isy! orang dah tak kerja lah! tak ske betul buat keje ada dateline nih...)

Rupa-rupanya bila hidup kita terlalu santai dan ok-ok saja ni, membosankan jugak kan? Bila dah hantar manuskrip, lepas tu sibuk dengan proses editing, lepas tu berdebar-debar membilang hari (utk melihat novel dlm versi cetak), barulah saya nampak beberapa garis warna baru dalam hidup saya.

Laa ni, dok membilang hari jugak. Tak payah bilang dah kot... tinggal esok jer. Nantilah saya postkan cerita 'esok' saya tu (itu pun kalau tahap kemalasan saya kembali ke paras normal :P)